Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2025
Kuasa dan rahsia membaca   Sahabat-sahabat, pernahkah kalian melihat beberapa video yang dihasilkan oleh ZRA (Zainal Rashid Ahmad), Ahmad Faezal dan ramai lagi? Sekiranya kita mengikuti siri-siri video yang dihasilkan oleh mereka, maka sudah pasti kita akan rasa terpukau dan rasa kagum dengan cara mereka membahaskan tentang sesuatu perkara atau isu. Bagaimana pula sekiranya saya dapat simpulkan di sini bahawa antara rahsia kehebatan mereka dalam mengupas sesuatu ilmu adalah kuasa membaca?  Sebenarnya kuasa membaca atau iqra' dalam bahasa Arab (yaqra - kata kerja yang membawa maksud membaca) adalah satu proses menajamkan dan melatih otak kita untuk mengintepretasikan sesuatu perkara dengan baik dan tersusun. Bahkan melalui proses membaca juga dapat menjadikan kita menjadi seorang yang hebat, hebat dari sudut apa? Hebat dari sudut di mana kita mampu membahaskan sesuatu perkara dan sesuatu isu dengan tersusun, kemas dan tepat. Kuasa dan peranan proses membaca ini sebenarnya menga...
Macam mana untuk kita mudah dalam menguasai ilmu sejarah?  Mutakhir ini, apabila kita membicarakan atau membincangkan tentang apa sahaja perkara yang berkaitan dengan ilmu sejarah atau ilmu ketamadunan, pasti ramai antara kita yang tidak berminat dan mempunyai rasa bosan dalam diri. Bahkan sampai ada antara kita menyatakan bahawa sejarah ini susah, sejarah ini pening dan sebagainya. Itulah realiti kita.  Namun, sahabat-sahabat sekalian, sebenarnya ilmu sejarah ini tidaklah begitu sukar dan susah sebagaimana kita sangkakan. Ya, kita pasti berhadapan dengan beratus nama orang tokoh-tokoh besar sejarah, peristiwa-peristiwa besar sejarah dunia dan sebagainya. Namun, ilmu sejarah tidaklah memerlukan kita untuk hafal sejumlah besar nama-nama orang dan peristiwa yang pernah terjadi dalam pentas dunia. Cukup untuk kita sekadar memahami sejarah, itulah sudah dikira bahawa kita sudah memahami dan menguasai sejarah. Bahkan, kalau kita mengetahui tarikh lahir seseorang (mak ayah kita dan ...