Skip to main content

MACAM MANA UNTUK KITA MUDAH DALAM MENGUASAI ILMU SEJARAH?


Mutakhir ini, apabila kita membicarakan atau membincangkan tentang apa sahaja perkara yang berkaitan dengan ilmu sejarah atau ilmu ketamadunan, pasti ramai antara kita yang tidak berminat dan mempunyai rasa bosan dalam diri. Bahkan sampai ada antara kita menyatakan bahawa sejarah ini susah, sejarah ini pening dan sebagainya. Itulah realiti kita. 

Namun, sahabat-sahabat sekalian, sebenarnya ilmu sejarah ini tidaklah begitu sukar dan susah sebagaimana kita sangkakan. Ya, kita pasti berhadapan dengan beratus nama orang tokoh-tokoh besar sejarah, peristiwa-peristiwa besar sejarah dunia dan sebagainya. Namun, ilmu sejarah tidaklah memerlukan kita untuk hafal sejumlah besar nama-nama orang dan peristiwa yang pernah terjadi dalam pentas dunia. Cukup untuk kita sekadar memahami sejarah, itulah sudah dikira bahawa kita sudah memahami dan menguasai sejarah. Bahkan, kalau kita mengetahui tarikh lahir seseorang (mak ayah kita dan sebagainya), sudah dikira kita menguasai sejarah walaupun ia adalah mudah. 

Sahabat-sahabat sekalian, terdapat beberapa kaedah dan tips yang boleh dikongsikan dalam penulisan kali ini. Walaupun tips dan kaedah ini dilihat adalah amat mudah (simple), namun sekiranya kita amalkan tips-tips ini, Insya Allah, kita akan dapat memahami dan menguasai ilmu sejarah dengan baik. 


Banyak melakukan proses pembacaan dan kajian ilmu sejarah 

Salah satu cara untuk kita memahami dan menguasai ilmu sejarah dengan baik adalah melalui proses pembacaan dan melakukan kajian terhadap ilmu sejarah. Nampak perkara ini macam berat kerana melibatkan proses pembacaan (bagi yang kurang minat membaca), namun sebenarnya proses pembacaan ini adalah satu proses untuk melatih otak kita supaya lebih berfungsi dengan baik. Di samping dapat memperkayakan kosa kata kita, melalui proses pembacaan juga, kita akan mendapat satu gambaran mengenai sesuatu peristiwa sejarah, kerajaan-kerajaan yang muncul dalam sejarah, tokoh-tokoh dan sebagainya. Contohnya, apabila kita nak mengetahui tentang sejarah Sarawak, maka sudah pasti kita akan mencari bahan bacaan berkaitan sejarah Sarawak. Begitu juga dengan sejarah lain. 

Proses kajian juga sebenarnya membuatkan kita semakin faham dan mudah untuk menguasai sejarah. Kerana melalui proses kajian inilah, kita akan mendapati segala rahsia dan perkara-perkara yang tersembunyi di sebalik sejarah yang kita kaji. Melalui proses kajian juga, kita dapat mempelajari tentang kaedah-kaedah yang sesuai dalam memahami akan sesuatu peristiwa sejarah. 

Banyakkan membuat nota kecil dengan menggunakan ayat kita sendiri yang difahami

Selain itu, terdapat cara lain untuk kita memahami ilmu sejarah ini iaitu kita banyak melakukan nota kecil berkaitan sejarah dengan menggunakan ayat kita sendiri yang dapat difahami. Perkara ini amat mudah untuk kita memahami sejarah kerana kita membuat satu nota kecil berkaitan sejarah, tetapi dengan menggunakan uslub atau gaya bahasa kita sendiri. Bahkan, alhamdulilah kebanyakan antara kita paling cepat memahami sesuatu perkara apabila kita membaca nota kecil yang kita sendiri buat dengan menggunakan ayat sendiri yang kita mudah fahami. Begitu juga dengan sejarah. 

Sebagai contoh, kalau kita mahu membuat atau mencipta satu nota sejarah yang kecil berkaitan dengan ketamadunan Islam, tidak kisah kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Mamluk Mesir dan sebagainya, kita boleh ambil beberapa point penting daripada nota besar yang membahaskan bab tersebut, kemudian kita olahkannya (convert) mengikut ayat kita sendiri. Insya Allah kalau kita selalu amalkan perkara ini, kita akan cepat memahami ilmu sejarah dengan baik serta mampu membahaskannya dengan berkesan tanpa jeda. 

Banyakkan bertanya kepada guru sejarah

Salah satu cara paling efektif untuk kita memahami ilmu sejarah dan begitu juga dengan ilmu lain adalah melalui proses pertanyaan kepada yang pakar dalam sesuatu ilmu. Proses pertanyaan kita kepada seseorang yang lebih arif dan pakar dalam ilmu lagi-lagi ilmu sejarah dan ketamadunan adalah amat penting untuk memastikan kita dapat memahami ilmu sejarah dengan lebih baik dan berkesan. Bak kata pepatah Melayu : Malu Bertanya, Sesat Jalan. Ingat pepatah ini, sahabat-sahabat. 

Kita boleh melakukan pertanyaan kita mengenai bab-bab sejarah kepada yang betul-betul pakar dalam ilmu tersebut sekiranya kita kurang memahami ilmu sejarah. Tidak kisah, mana-mana perkara yang berkaitan dengan ilmu sejarah, tanya sahaja pada guru kita. Insya Allah, guru kita pasti bersedia untuk membantu kita. 

Semoga semua tips dan kaedah ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat dalam usaha memahami ilmu sejarah dan ketamadunan dengan baik. Sebenarnya kaedah dan tips ini adalah simple dan tidak terlalu kompleks untuk kita dalam memahami ilmu sejarah. Insya Allah. 


Comments

Popular posts from this blog

TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK

  Gambar sekadar hiasan (Penulis terlibat dalam salah satu program di kampus lama pada tahun 2024) Sahabat-sahabat, Penulis yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mendengar tentang istilah pengucapan awam dan sudah tentu kita semua pernah melakukannya dalam pelbagai perkara dan cara. Sebenarnya pengucapan awam ini adalah satu proses untuk kita memindahkan maklumat atau lebih mudah untuk kita fahami, ia adalah proses penyampaian maklumat kepada masyarakat atau audiens. Pengucapan awam ini bukan hanya boleh didapati dalam kaedah-kaedah biasa yang kita fahami seperti pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya, bahkan pengucapan awam ini juga boleh didapati dalam proses pembentangan di mana kita semua berusaha untuk mempersembahkan sesuatu (biasanya hasil dapatan kita, produk, hasil kerja dan sebagainya) kepada khalayak ramai.  Dan penulis juga percaya bahawa ramai di antara kita pasti akan rasa gugup, gelisah, risau dan sebagainya apabila kita diberikan kepercayaan, amanah dan ...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...

KISAH PERJALANANKU DALAM MENGENALI ISLAM : SUATU PENGALAMAN HIJRAH

30 Disember 2015.............. Tarikh tersebut masih terngiang-ngiang segar dan masih diingati dengan baik dalam mindaku sehingga hari ini. Satu tarikh yang membawa suatu makna hidup yang sangat besar buat diriku. Tarikh di mana ia akan menjadi suatu titik tolak besar yang bakal mengubah diriku sepenuhnya.  Apakah makna besar dalam hidup menerusi tarikh tersebut? Itulah tarikh di mana diriku mula bergelar sebagai seorang Muslim. Nak tahu bagaimana diriku mula menjadi seorang Muslim pada hari ini? Mari, warkah ini akan menceritakan segalanya.  ERA SEBELUM ISLAM  Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung halaman yang terletak di Bumi Kenyalang (Sarawak). Aku membesar dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai keluarga yang hybrid (campuran) di mana mendiang ayahku merupakan seorang Cina suku Hokkien manakala ibuku pula berdarah kaum Bumiputera Sarawak iaitu Melanau Sarawak. Pendek kata, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai dua darah bangsa yang ...