Skip to main content

KUASA DAN RAHSIA MEMBACA


 

Sahabat-sahabat, pernahkah kalian melihat beberapa video yang dihasilkan oleh ZRA (Zainal Rashid Ahmad), Ahmad Faezal dan ramai lagi? Sekiranya kita mengikuti siri-siri video yang dihasilkan oleh mereka, maka sudah pasti kita akan rasa terpukau dan rasa kagum dengan cara mereka membahaskan tentang sesuatu perkara atau isu. Bagaimana pula sekiranya saya dapat simpulkan di sini bahawa antara rahsia kehebatan mereka dalam mengupas sesuatu ilmu adalah kuasa membaca? 

Sebenarnya kuasa membaca atau iqra' dalam bahasa Arab (yaqra - kata kerja yang membawa maksud membaca) adalah satu proses menajamkan dan melatih otak kita untuk mengintepretasikan sesuatu perkara dengan baik dan tersusun. Bahkan melalui proses membaca juga dapat menjadikan kita menjadi seorang yang hebat, hebat dari sudut apa? Hebat dari sudut di mana kita mampu membahaskan sesuatu perkara dan sesuatu isu dengan tersusun, kemas dan tepat. Kuasa dan peranan proses membaca ini sebenarnya mengandungi banyak rahsia kebaikan yang sebenarnya kita sedar dan tidak sedar mengetahuinya. Apakah rahsia tersebut? 

Antara rahsia-rahsia dan kehebatan kuasa membaca ini ialah kuasa membaca dapat memperkayakan kosa kata dan juga penggunaan istilah-istilah tertentu dalam penulisan. Penulis secara peribadi amat bersetuju bahawa membaca banyak membantu kita untuk menghasilkan sesuatu penulisan dengan baik dan teliti jika dibandingkan dengan orang yang kurang membaca. Bukan hanya itu sahaja, melalui kuasa membaca ini juga, ia sebenarnya banyak memberikan kita tentang seribu satu kalimah atau perkataan yang kita jarang ketahuinya selama ini. Kesemua perkara ini amat bergantung kepada bahan bacaan yang kita sendiri membacanya. Contohnya, apabila kita membaca sesuatu karya atau buku tentang kajian ilmiah, maka kita pasti akan berhadapan dengan pelbagai istilah baharu seperti perkataan ketimbang, persona non grata dan banyak lagi. Kuasa membaca juga mampu menguatkan penggunaan struktur ayat kita dengan lebih baik dalam penulisan kita lebih-lebih lagi penulisan kertas kerja ilmiah, tesis dan sebagainya (melalui kekayaan penggunaan kosa kata kita). Kosa kata yang lebih banyak juga sebenarnya membantu kita dalam proses membentangkan sesuatu idea. 

Selain itu, rahsia lain yang terdapat dalam kuasa membaca ini ialah proses membaca mampu memberikan input dan maklumat yang lebih mendalam kepada kita sebagai pembacanya. Kenapa? Kerana melalui proses membaca ini, kita akan mendapat suatu gambaran yang lebih luas mengenai sesuatu perkara dan isu yang diutarakan oleh penulis dalam karya masing-masing. Katakanlah kalau kita membaca buku yang bertajuk Khulafa ar-Rasyidin - penakluk Rom dan Parsi karya Ustaz Muqri Nizam, maka sudah pasti kita akan mengetahui dengan lebih baik tentang sejarah kerajaan Khulafa ar-Rasyidin yang berkuasa selama 30 tahun (632 - 661 masihi) dan ditadbir oleh 4 orang sahabat besar Rasulullah SAW. Bukan hanya itu sahaja, kita mampu mengetahui dengan lebih baik tentang apakah jasa dan sumbangan 4 orang khalifah terhadap dunia Islam dalam pelbagai aspek. Begitu juga dengan bahan bacaan yang lain. Melalui proses membaca ini juga, kita bukan hanya mengetahui tentang sesuatu ilmu dengan baik (dengan syarat membaca sambil mengkaji), bahkan kita mampu membantu rakan-rakan kita sekiranya mereka memerlukan bantuan dan pertolongan untuk memahami ilmu tersebut. 

Akhirulkalam, marilah sama-sama kita mengamalkan semangat membaca dalam kehidupan seharian kita. Tidak rugi sebenarnya kalau kita terus mengamalkan nilai membaca dalam kehidupan, bahkan lebih baik lagi. Dalam Islam, kalimah pertama yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW ialah perkataan iqra' (membaca). Pilihan di tangan kita sama ada kita hendak memilih ilmu atau sebaliknya. 

Wallahu'alam bissawab


Comments

Popular posts from this blog

TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK

  Gambar sekadar hiasan (Penulis terlibat dalam salah satu program di kampus lama pada tahun 2024) Sahabat-sahabat, Penulis yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mendengar tentang istilah pengucapan awam dan sudah tentu kita semua pernah melakukannya dalam pelbagai perkara dan cara. Sebenarnya pengucapan awam ini adalah satu proses untuk kita memindahkan maklumat atau lebih mudah untuk kita fahami, ia adalah proses penyampaian maklumat kepada masyarakat atau audiens. Pengucapan awam ini bukan hanya boleh didapati dalam kaedah-kaedah biasa yang kita fahami seperti pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya, bahkan pengucapan awam ini juga boleh didapati dalam proses pembentangan di mana kita semua berusaha untuk mempersembahkan sesuatu (biasanya hasil dapatan kita, produk, hasil kerja dan sebagainya) kepada khalayak ramai.  Dan penulis juga percaya bahawa ramai di antara kita pasti akan rasa gugup, gelisah, risau dan sebagainya apabila kita diberikan kepercayaan, amanah dan ...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...

KISAH PERJALANANKU DALAM MENGENALI ISLAM : SUATU PENGALAMAN HIJRAH

30 Disember 2015.............. Tarikh tersebut masih terngiang-ngiang segar dan masih diingati dengan baik dalam mindaku sehingga hari ini. Satu tarikh yang membawa suatu makna hidup yang sangat besar buat diriku. Tarikh di mana ia akan menjadi suatu titik tolak besar yang bakal mengubah diriku sepenuhnya.  Apakah makna besar dalam hidup menerusi tarikh tersebut? Itulah tarikh di mana diriku mula bergelar sebagai seorang Muslim. Nak tahu bagaimana diriku mula menjadi seorang Muslim pada hari ini? Mari, warkah ini akan menceritakan segalanya.  ERA SEBELUM ISLAM  Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung halaman yang terletak di Bumi Kenyalang (Sarawak). Aku membesar dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai keluarga yang hybrid (campuran) di mana mendiang ayahku merupakan seorang Cina suku Hokkien manakala ibuku pula berdarah kaum Bumiputera Sarawak iaitu Melanau Sarawak. Pendek kata, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai dua darah bangsa yang ...