Skip to main content

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH


Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya : 

Biodata 

Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming 
Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak 
Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak 
Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015 

PENDIDIKAN

  • SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011)
  • SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013)
  • SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018
  • SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020
  • Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (2022 - 2024)

PENGLIBATAN DALAM KOMUNITI DAN ORGANISASI

  • Ahli Persatuan Sejarah Malaysia (cawangan Sarawak) 
  • Anggota Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  • Ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) 
  • Exco Majlis Belia PERKIM Pahang 
  • Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Surau Sheikh Sulaiman Kampung Jebungan Mukah Sarawak
  • Bilal dan imam rawatib Surau Sheikh Sulaiman Kampung Jebungan Mukah Sarawak
  • Mantan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia PERKIM Kebangsaan sesi 2022 / 2025
  • Mantan Presiden Sekretariat Mahasiswa Borneo Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

  • Anugerah Khas Pelajar, SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2017)
  • Anugerah Membaca Tahap Jauhari SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (Gangsa) (2017)
  • Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Sejarah) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2018)
  • Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Kesusasteraan Melayu Komunikatif) SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2021)
  • Dekan Semester 2, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) (2022) 

Kini, Muhd Victor Kueh Abdullah masih aktif dalam memberikan perkongsian tentang sejarah dan ketamadunan di samping ilmu yang lain seperti perbandingan agama dan dakwah kepada masyarakat menerusi beberapa platform rasminya seperti :

Disediakan oleh admin Blog Muhd Victor Kueh Abdullah 

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa dan rahsia membaca   Sahabat-sahabat, pernahkah kalian melihat beberapa video yang dihasilkan oleh ZRA (Zainal Rashid Ahmad), Ahmad Faezal dan ramai lagi? Sekiranya kita mengikuti siri-siri video yang dihasilkan oleh mereka, maka sudah pasti kita akan rasa terpukau dan rasa kagum dengan cara mereka membahaskan tentang sesuatu perkara atau isu. Bagaimana pula sekiranya saya dapat simpulkan di sini bahawa antara rahsia kehebatan mereka dalam mengupas sesuatu ilmu adalah kuasa membaca?  Sebenarnya kuasa membaca atau iqra' dalam bahasa Arab (yaqra - kata kerja yang membawa maksud membaca) adalah satu proses menajamkan dan melatih otak kita untuk mengintepretasikan sesuatu perkara dengan baik dan tersusun. Bahkan melalui proses membaca juga dapat menjadikan kita menjadi seorang yang hebat, hebat dari sudut apa? Hebat dari sudut di mana kita mampu membahaskan sesuatu perkara dan sesuatu isu dengan tersusun, kemas dan tepat. Kuasa dan peranan proses membaca ini sebenarnya menga...

DINASTI YUAN : BANGSA LUAR YANG PERNAH MEMERINTAH CHINA

DINASTI YUAN : BANGSA LUAR YANG PERNAH MEMERINTAH CHINA Oleh Muhammad Victor Kueh Abdullah  Apabila kita mempelajari tentang sejarah dan ketamadunan di China ini, sebenarnya tamadun China atau tamadun Hwang Ho yang kita pernah belajar di bangku sekolah merupakan tamadun yang agak tertua di dunia dan menyimpan pelbagai rekod sejarah lampau. Dalam rekod, ketamadunan China ini telah bermula sejak zaman San Huang Wu Di yang dipercayai bermula pada tahun 3200 sebelum masihi di mana terdapat 3 orang ketua yang dikenali sebagai Huang dan lima orang yang dikenali sebagai Di yang berperanan besar dalam usaha mewujudkan sebuah ketamadunan di China. Selepas zaman inilah, bermulanya siri dinasti demi dinasti bermula dengan dinasti Hsia atau Xia, kemudiannya dinasti Shang, dinasti Zhou, dinasti Qin, dinasti Han sehinggalah ke dinasti yang terakhir iaitu dinasti Qing atau Manchu. Dan selepas dinasti Qing inilah, sistem ketamadunan China telah lenyap menerusi revolusi 1912. Dalam kesemua siri dan...
KOTA BAGHDAD : GEDUNG PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN Apabila kita mempelajari tentang sejarah dan ketamadunan Islam tidak kira kita berada di mana sahaja sama ada kita berada di bangku sekolah, mahupun di dalam kuliah institusi pengajian tinggi, kita pasti akan pernah mendengar sebuah kota yang pernah menjadi sebuah gedung ilmu serta merupakan pusat tumpuan utama para ilmuwan dari seluruh dunia untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang ada. Itulah kota Baghdad.      Terletak di negara Iraq moden pada hari ini, kota Baghdad merupakan sebuah kota yang pernah mencatatkan 1001 rekod sejarah lampau dalam pelbagai aspek. Bermula dengan zaman ketamadunan Parsi (3200 sebelum masihi - 640 masihi) sehinggalah pada hari ini, kota Baghdad telah menjadi saksi bisu kepada pelbagai peristiwa sejarah yang berlaku selama ini. Salah satu peristiwa atau fasa zaman dalam sejarah yang pernah disaksikan oleh kota ini ialah fasa Zaman Keemasan Islam atau Golden Age of Islamic Civilization di mana kota in...