Skip to main content

ADAB DAN ILMU : KOMBINASI RAHSIA SISWA BERJAYA


Baru-baru ini, penulis telah menghadiri sebuah majlis rasmi iaitu majlis amanat Naib Canselor yang diadakan di kampus yang penulis sedang menuntut ilmu kini iaitu Universiti Islam Selangor atau UIS. Dalam majlis tersebut, naib canselor UIS iaitu Yang Berbahagia Dato' Profesor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah telah menyampaikan beberapa mesej yang sangat penting dan patut untuk kita semua ambil pengajaran daripadanya. 

Salah satu mesej yang ditekankan oleh beliau dalam amanat tersebut ialah kepentingan adab dan ilmu dalam jati diri seorang siswa di mana beliau menekankan bahawa dua elemen ini sebenarnya adalah kombinasi antara dua elemen yang mampu membentuk seorang siswa yang berjaya. 

Adab dan ilmu sememangnya merupakan dua perkara yang sangat penting untuk kita sama-sama ambil berat dan tekankan dalam kehidupan kita. Apatah lagi peranan dan amanah kita sebagai seorang siswa, dua elemen ini bukan hanya patut dititikberatkan dalam diri kita bahkan lebih jauh, gabungan dua elemen ini juga mampu menjadikan kita sebagai seorang siswa yang bukan hanya berjaya dalam bidang akademik tetapi cemerlang dari sudut sahsiah.

Kepentingan adab dan ilmu dalam diri siswa

Adab dan ilmu : kombinasi rahsia siswa berjaya adalah satu frasa yang memberikan suatu gambaran yang jelas tentang hubungan yang kuat antara adab dan ilmu dalam proses membentuk seseorang siswa itu berjaya. Sesungguhnya adab dan ilmu ini saling bergantung antara satu sama lain di mana kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing yang penting untuk seseorang siswa ambil berat. Bukan hanya itu sahaja, terdapat beberapa kepentingan gabungan atau resipi tersebut kepada kita semua. 

Salah satu kepentingan kombinasi rahsia tersebut ialah ia menjadikan seseorang siswa mampu memahami ilmu dengan lebih baik. Hal ini kerana adab pada asasnya merupakan tiang pertama atau syarat untuk kita semua sebagai siswa dalam proses menuntut dan memahami sesuatu ilmu dengan baik. Bukan hanya itu sahaja, dalam agama kita iaitu Islam sendiri, sememangnya adab menjadi keutamaan besar kerana ia menjadi asbab keberkatan ilmu itu sendiri. Bahkan, adab juga menjadikan hati kita semua menjadi bersih, niat yang betul dan persediaan yang maksimum dalam menerima hikmah. Kesannya ialah seseorang siswa yang mempunyai nilai adab yang tinggi dalam diri bukan hanya mengingati sesuatu ilmu dengan baik bahkan mereka juga mampu memahaminya secara berkesan. 

Selain itu, kepentingan lain gabungan antara adab dengan ilmu ini dalam kalangan siswa ialah ia mampu membentuk siswa yang mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap pensyarah dan menjaga akhlak ketika berhadapan dengan mereka. Perkara ini sangat penting dan wajar diberikan penekanan dalam kalangan siswa kerana adab ini mampu memelihara hubungan yang baik antara murid dengan guru. Dalam konteks dunia universiti hari ini, adab ini mampu menjaga hubungan yang erat antara siswa dengan pensyarah. Seseorang siswa yang mempunyai gabungan dua elemen ini bukan hanya menjadikan diri mereka lebih hormat terhadap pensyarah baik pensyarah yang mengajarkan mereka atau belum pernah mengajarkan mereka sahaja tetapi lebih jauh, ia menjadikan kita sebagai siswa lebih menghargai dan mensyukuri terhadap ilmu-ilmu yang dicurahkan kepada kita. 

Seterusnya, seseorang siswa yang mempunyai kombinasi rahsia ini juga muncul sebagai seorang yang amanah terhadap ilmu yang dipelajarinya. Hal ini kerana, dalam adab, seseorang siswa pasti akan mempelajari tentang kepentingan menjaga ilmu dengan baik serta memastikan siswa agar memanfaatkan ilmu tersebut ke arah jalan kebaikan. Berbeza dengan seseorang yang kurang kesedaran tentang adab di mana mereka lebih cenderung untuk menyalahgunakan ilmu yang dipelajari ke arah jalan maksiat, jalan kejahatan dan sebagainya, nauzubillah! Dalam perkara ini, seseorang siswa yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya gabungan antara adab dengan ilmu pasti bukan hanya memanfaatkan ilmu tersebut ke arah kebaikan semata-mata, bahkan mereka juga menjadi lebih amanah, disiplin dan bertanggungjawab terhadap ilmu tersebut. 

Kesimpulan

Akhir sekali sebelum penulis ingin menutup warkah penulisan pada hari ini, penulis sekali lagi ingin menekankan tentang pentingnya gabungan antara adab dengan ilmu dalam diri siswa. Gabungan atau kombinasi antara dua permata ini bukan hanya menjadikan kita selaku siswa yang cerdas dan hebat dalam bidang akademik semata-mata tetapi lebih besar lagi ialah ia mampu menjadikan kita sebagai seorang siswa yang berkualiti. Adab dan ilmu, kombinasi rahsia siswa berjaya. 

Ingatlah akan pesan yang pernah diberikan oleh Waqi' kepada Imam As-Syafi'i (Muhammad bin Idris as-Syafi'i) ketika Imam as-Syafi'i mengadu kepada guru beliau tentang kesukaran dalam hafalan dan ingatan terhadap ilmu iaitu: 

Sesungguhnya ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang-orang yang melakukan maksiat. 

Wallahualam bissawab

Comments

Popular posts from this blog

TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK

  Gambar sekadar hiasan (Penulis terlibat dalam salah satu program di kampus lama pada tahun 2024) Sahabat-sahabat, Penulis yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mendengar tentang istilah pengucapan awam dan sudah tentu kita semua pernah melakukannya dalam pelbagai perkara dan cara. Sebenarnya pengucapan awam ini adalah satu proses untuk kita memindahkan maklumat atau lebih mudah untuk kita fahami, ia adalah proses penyampaian maklumat kepada masyarakat atau audiens. Pengucapan awam ini bukan hanya boleh didapati dalam kaedah-kaedah biasa yang kita fahami seperti pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya, bahkan pengucapan awam ini juga boleh didapati dalam proses pembentangan di mana kita semua berusaha untuk mempersembahkan sesuatu (biasanya hasil dapatan kita, produk, hasil kerja dan sebagainya) kepada khalayak ramai.  Dan penulis juga percaya bahawa ramai di antara kita pasti akan rasa gugup, gelisah, risau dan sebagainya apabila kita diberikan kepercayaan, amanah dan ...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...

KISAH PERJALANANKU DALAM MENGENALI ISLAM : SUATU PENGALAMAN HIJRAH

30 Disember 2015.............. Tarikh tersebut masih terngiang-ngiang segar dan masih diingati dengan baik dalam mindaku sehingga hari ini. Satu tarikh yang membawa suatu makna hidup yang sangat besar buat diriku. Tarikh di mana ia akan menjadi suatu titik tolak besar yang bakal mengubah diriku sepenuhnya.  Apakah makna besar dalam hidup menerusi tarikh tersebut? Itulah tarikh di mana diriku mula bergelar sebagai seorang Muslim. Nak tahu bagaimana diriku mula menjadi seorang Muslim pada hari ini? Mari, warkah ini akan menceritakan segalanya.  ERA SEBELUM ISLAM  Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung halaman yang terletak di Bumi Kenyalang (Sarawak). Aku membesar dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai keluarga yang hybrid (campuran) di mana mendiang ayahku merupakan seorang Cina suku Hokkien manakala ibuku pula berdarah kaum Bumiputera Sarawak iaitu Melanau Sarawak. Pendek kata, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai dua darah bangsa yang ...