Skip to main content

TAHUN BAHARU: HIJRAH KE ARAH PEMBENTUKAN KARAKTER YANG LEBIH BAIK

 

Tidak lama lagi, tinggal beberapa jam lagi, tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya. Dan kita bakal memasuki tahun baharu iaitu tahun 2026. Sudah pasti bahawa sepanjang 12 bulan dengan 365 hari yang melengkapkan perjalanan tahun 2025 ini, kita sudah pasti mempunyai banyak pengalaman, banyak kisah suka dan kisah duka, anekdot, dan sebagainya sehingga kalau kita kumpul kesemua pengalaman tersebut dalam sebuah buku diari, nescaya ia tidak mencukupi. 

Apabila kita membicarakan tentang tahun baharu ini, kita akan tidak terlepas daripada beberapa perkara yang menjadi kebiasaan untuk dibicarakan apabila munculnya fenomena tahun baharu ini. Antaranya ialah apakah harapan baharu kita, apakah pendekatan baharu kita, apakah perancangan baharu kita dan sebagainya. Namun, sebenarnya apabila kita bergerak ke arah yang lebih jauh, sebenarnya tahun baharu ini lebih-lebih lagi tahun 2026 sepatutnya menjadi satu peluang untuk kita dalam menjayakan proses pembentukan sebuah karakter yang lebih baik daripada sebelumnya. 

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, apabila kita menyebut tentang pembentukan karakter yang lebih baik, sudah pasti kita akan terdetik pelbagai idea dalam minda kita tentang perkara ini. Kalau kita sebelumnya pernah menjadi seorang yang agak nakal, menerusi tahun baharu ini, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik dan sopan-santun. Begitu juga apabila kita mungkin suatu ketika dahulu dikenali sebagai seorang yang kurang menjaga amalan soleh termasuklah amalan fardhu dan amalan sunat, maka menerusi tahun baharu ini, kita berusaha untuk berubah menjadi seorang yang berupaya menjaga kedua-dua elemen ini. Dan begitu juga dengan perkara-perkara yang lain. Bagi menjayakan semua proses ini, kita kena ada satu kunci yang paling penting iaitu hijrah. 

Hijrah ini bukanlah hanya membawa makna kita berpindah secara fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dari satu lokasi ke satu lokasi yang baharu dan sebagainya. Tetapi hijrah ini mempunyai makna yang lebih jauh daripada itu iaitu kita berusaha untuk memindahkan diri, mentajdidkan diri, memperbaharui versi diri ke arah versi yang lebih baik. Dalam al-Quran sendiri, sebenarnya Allah SWT telah menegaskan tentang perkara ini iaitu surah An-Nisa', ayat 100 yang membawa maksud: 

Barangsiapa yang keluar dari rumahnya, dengan maksud untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

Sebenarnya apabila kita hayati dan telusuri ayat surah ini, sebenarnya Allah SWT mengiktiraf usaha dan peranan kita sebagai hamba-Nya untuk melakukan hijrah diri kita. Bahkan ketika dalam proses hijrah itu, kita ditakdirkan kembali kepada-Nya, maka pahala yang kita lakukan ketika hidup dalam hijrah itu akan mengalir secara berterusan. Selain itu, ayat surah an-Nisa' ini sebenarnya adalah sebuah ayat motivasi untuk kita semua dalam merealisasikan usaha untuk hijrah diri ke arah yang lebih baik dan berkualiti. 

Bagaimana untuk kita semua menjayakan visi pembentukan karakter yang lebih baik dalam tahun baharu 2026 ini? Salah satu caranya adalah dengan proses hijrahkan diri kita. Sama seperti yang penulis sebutkan awal tadi, kalau tahun 2025 ini, kita jenis yang malas dalam melaksanakan ibadah, maka kita menanam satu azam untuk tahun 2026 kelak untuk menghijrahkan diri kita menjadi seorang yang rajin beribadah. Selain itu, dalam konteks siswa sebagai contohnya, kalau tahun 2025 ini, kita sebagai siswa yang mengambil tindakan sambil lewa dalam menyiapkan tugasan dan ulangkaji, maka pada tahun 2026 kelak, kita hijrahkan diri kita menjadi seorang siswa yang rajin dalam menyiapkan tugasan dan melaksanakan proses ulangkaji kita. Dan begitu juga dengan perkara-perkara yang lain dalam kehidupan kita. Yang penting, untuk merealisasikan visi dan proses ini, kita kenalah mempunyai niat yang jelas dan baik dalam diri kita. 

Secara kesimpulannya, tahun baharu 2026 ini merupakan satu peluang yang besar untuk kita semua menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. Jadikanlah tahun 2025 ini sebagai medan muhasabah diri dan pengajaran buat kita semua., insya Allah! 

Pergi ke pasar membeli ubi, 

Hati senang tersinar riang,

Tahun 2026 datang menghampiri, 

Semoga hijrah kita terus cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK

  Gambar sekadar hiasan (Penulis terlibat dalam salah satu program di kampus lama pada tahun 2024) Sahabat-sahabat, Penulis yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mendengar tentang istilah pengucapan awam dan sudah tentu kita semua pernah melakukannya dalam pelbagai perkara dan cara. Sebenarnya pengucapan awam ini adalah satu proses untuk kita memindahkan maklumat atau lebih mudah untuk kita fahami, ia adalah proses penyampaian maklumat kepada masyarakat atau audiens. Pengucapan awam ini bukan hanya boleh didapati dalam kaedah-kaedah biasa yang kita fahami seperti pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya, bahkan pengucapan awam ini juga boleh didapati dalam proses pembentangan di mana kita semua berusaha untuk mempersembahkan sesuatu (biasanya hasil dapatan kita, produk, hasil kerja dan sebagainya) kepada khalayak ramai.  Dan penulis juga percaya bahawa ramai di antara kita pasti akan rasa gugup, gelisah, risau dan sebagainya apabila kita diberikan kepercayaan, amanah dan ...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...

KISAH PERJALANANKU DALAM MENGENALI ISLAM : SUATU PENGALAMAN HIJRAH

30 Disember 2015.............. Tarikh tersebut masih terngiang-ngiang segar dan masih diingati dengan baik dalam mindaku sehingga hari ini. Satu tarikh yang membawa suatu makna hidup yang sangat besar buat diriku. Tarikh di mana ia akan menjadi suatu titik tolak besar yang bakal mengubah diriku sepenuhnya.  Apakah makna besar dalam hidup menerusi tarikh tersebut? Itulah tarikh di mana diriku mula bergelar sebagai seorang Muslim. Nak tahu bagaimana diriku mula menjadi seorang Muslim pada hari ini? Mari, warkah ini akan menceritakan segalanya.  ERA SEBELUM ISLAM  Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung halaman yang terletak di Bumi Kenyalang (Sarawak). Aku membesar dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai keluarga yang hybrid (campuran) di mana mendiang ayahku merupakan seorang Cina suku Hokkien manakala ibuku pula berdarah kaum Bumiputera Sarawak iaitu Melanau Sarawak. Pendek kata, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai dua darah bangsa yang ...