Skip to main content

WARKAH SAIDINA ALI KEPADA MALIK AL-ASHTAR: PANDUAN DAN PERINGATAN BUAT KITA SEBAGAI PEMIMPIN


Umum kita semua ketahui bahawa Saidina Ali bin Abi Talib RA adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang sangat terkenal. Bukan hanya itu sahaja, beliau juga dikenali sebagai tokoh yang penting dalam sejarah awal dakwah Islam sehinggalah zaman beliau menjadi khalifah selama 5 tahun (khalifah keempat kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin). Salah satu perkara yang sangat popular dan sebenarnya boleh kita jadikan sebagai iktibar dan panduan buat kita semua apabila kita menyebut nama beliau ini ialah warkah Saidina Ali kepada Malik bin al-Haris al-Ashtar. 

Warkah Saidina Ali bin Abi Talib kepada Malik bin al-Haris al-Ashtar ini adalah sebuah surat khas yang dikarang oleh beliau (Saidina Ali) di mana ia ditujukan khas kepada Malik al-Ashtar yang baru sahaja dilantik sebagai gabenor wilayah Mesir pada ketika itu. Warkah ini walaupun telah mencapai usia lebih 1000 tahun, namun sehingga hari ini warkah ini masih menyimpan seribu satu nilai yang sangat berharga buat kita semua. Sehinggakan, warkah ini menjadi salah satu manuskrip yang sangat berprestij yang pernah dikumpul oleh Universiti Oxford. Dan alhamdulilah, negara kita, Malaysia telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada warkah ini sehingga ia dijadikan sebagai buku dan bahan syarahan dalam pelbagai medium sama ada kuliah, ceramah, forum dan sebagainya. 

Seperti yang penulis sebutkan awal tadi, warkah Saidina Ali kepada Malik ini mempunyai suatu nilai yang sangat besar dan berharga di mana ia muncul dalam bentuk panduan dan peringatan buat kita semua khususnya para pemimpin. Salah satu panduannya ialah taqwa kepada Allah SWT. Hal ini kerana taqwa ini bukan hanya berfungsi sebagai salah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim semata-mata, tetapi lebih jauh, menerusi taqwa juga, kita sebagai seorang pemimpin mampu melakukan perkara-perkara kebaikan dan menjauhi segala keburukan. Seorang pemimpin yang mempunyai taqwa yang tinggi kepada Allah SWT juga tidak akan berani melakukan amalan-amalan yang boleh menjatuhkan imej dan maruahnya sebagai seorang pemimpin seperti rasuah, amalan salah guna kuasa, nepotisme dan sebagainya. 

Selain itu, dalam warkah ini juga, ia telah memberikan pesanan kepada kita sebagai pemimpin agar sentiasa berlaku adil dalam menjalankan amanah dan tugas. Sebagaimana dalam salah satu petikan warkah ini yang berbunyi: 

Ketahuilah wahai Malik, sesungguhnya aku mengirimkan kamu ke suatu daerah di mana kerajaan yang adil dan tidak adil telah wujud sebelum kamu. Rakyat akan menilai tindak tanduk kamu seperti mana kamu pada kebiasaannya menilai tindak tanduk pemimpin sebelum kamu.

Makna daripada salah satu petikan warkah ini ialah pemimpin akan dinilai oleh masyarakat terutamanya masyarakat yang berada di bawah kepimpinannya. Setiap satu nilai dan juga komen yang diberikan oleh rakyat atau masyarakat pasti berbeza-beza sama ada penilaian secara positif ataupun negatif. Seseorang pemimpin yang adil akan menerima penilaian yang sangat baik dalam kalangan masyarakat. Bukan hanya itu sahaja, pemimpin yang adil juga mampu memastikan semua kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dan organisasi ataupun negara yang dipimpinnya berada dalam tahap yang baik dan sejahtera. 

Dan yang terakhirnya ialah warkah ini meninggalkan pesan kepada kita semua sebagai pemimpin agar sentiasa tunjukkan akhlak yang baik. Akhlak dan etika yang baik bukanlah semata-mata menyentuh tentang soal berkaitan luaran semata-mata bahkan ia juga meliputi soal dalaman diri kita sebagai seorang pemimpin. Pemimpin ini juga adalah satu model ikutan (role model) semua masyarakat. Kalau pemimpinnya baik, cemerlang dan berprestasi tinggi, maka masyarakat akan turut serta menjadi sebuah komuniti yang baik. Begitu juga dengan sebaliknya. Sebab itulah, akhlak kena dijaga dengan sebaiknya. Contohnya, pemimpin yang berakhlak tinggi akan menghormati yang lebih tua, penyayang dan pendidik kepada lebih muda dan sebagainya. 

Pendek kata, warkah Saidina Ali kepada Malik al-Ashtar ini bukan hanya berfungsi sebagai sebuah surat khas semata-mata bahkan lebih jauh warkah ini sebenarnya wajar dijadikan sebagai panduan dan peringatan buat kita semua khususnya apabila kita kelak menjadi pemimpin ataupun masa kini, kita sedang menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai pemimpin. 

Wallahu'alam bissawab

Comments

Popular posts from this blog

TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK

  Gambar sekadar hiasan (Penulis terlibat dalam salah satu program di kampus lama pada tahun 2024) Sahabat-sahabat, Penulis yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mendengar tentang istilah pengucapan awam dan sudah tentu kita semua pernah melakukannya dalam pelbagai perkara dan cara. Sebenarnya pengucapan awam ini adalah satu proses untuk kita memindahkan maklumat atau lebih mudah untuk kita fahami, ia adalah proses penyampaian maklumat kepada masyarakat atau audiens. Pengucapan awam ini bukan hanya boleh didapati dalam kaedah-kaedah biasa yang kita fahami seperti pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya, bahkan pengucapan awam ini juga boleh didapati dalam proses pembentangan di mana kita semua berusaha untuk mempersembahkan sesuatu (biasanya hasil dapatan kita, produk, hasil kerja dan sebagainya) kepada khalayak ramai.  Dan penulis juga percaya bahawa ramai di antara kita pasti akan rasa gugup, gelisah, risau dan sebagainya apabila kita diberikan kepercayaan, amanah dan ...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...

KISAH PERJALANANKU DALAM MENGENALI ISLAM : SUATU PENGALAMAN HIJRAH

30 Disember 2015.............. Tarikh tersebut masih terngiang-ngiang segar dan masih diingati dengan baik dalam mindaku sehingga hari ini. Satu tarikh yang membawa suatu makna hidup yang sangat besar buat diriku. Tarikh di mana ia akan menjadi suatu titik tolak besar yang bakal mengubah diriku sepenuhnya.  Apakah makna besar dalam hidup menerusi tarikh tersebut? Itulah tarikh di mana diriku mula bergelar sebagai seorang Muslim. Nak tahu bagaimana diriku mula menjadi seorang Muslim pada hari ini? Mari, warkah ini akan menceritakan segalanya.  ERA SEBELUM ISLAM  Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung halaman yang terletak di Bumi Kenyalang (Sarawak). Aku membesar dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai keluarga yang hybrid (campuran) di mana mendiang ayahku merupakan seorang Cina suku Hokkien manakala ibuku pula berdarah kaum Bumiputera Sarawak iaitu Melanau Sarawak. Pendek kata, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai dua darah bangsa yang ...