MUKADDIMAH Mutakhir ini, ilmu perbandingan agama atau comparative religion (dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai al-Muqarranah al-Adyan) kurang mendapat sambutan yang agak meluas dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia ketimbang masyarakat di luar negara kita. Bahkan, penulis boleh berani menyebut bahawa hanya beberapa atau sesetengah daripada masyarakat kita sahaja yang mahir dan menguasai ilmu ini. Dan menariknya kesemua golongan tersebut merupakan nama-nama besar dalam dunia dakwah dan ilmiah. Antaranya ialah Dr Zaifuddin Rasip, Firdaus Wong Wai Hung, Ustaz Auni Mohammad dan ramai lagi. Salah satu sebab atau faktor mengapa masyarakat tidak begitu mengetahui akan kewujudan ilmu ini dengan baik adalah kerana ilmu perbandingan agama dalam Islam kurang dipopularkan dan kurang didedahkan ketimbang perbahasan-perbahasan cabang ilmu yang lain seperti syariah Islamiyyah, ulum al-Quran, ulum al-Hadith dan banyak lagi. Selain itu, faktor sejarah ...
Sejarah, Ilmu perbandingan agama, dakwah