Skip to main content

ILMU PERBANDINGAN AGAMA DAN KEPENTINGANNYA

 


MUKADDIMAH

Mutakhir ini, ilmu perbandingan agama atau comparative religion (dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai al-Muqarranah al-Adyan) kurang mendapat sambutan yang agak meluas dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia ketimbang masyarakat di luar negara kita. Bahkan, penulis boleh berani menyebut bahawa hanya beberapa atau sesetengah daripada masyarakat kita sahaja yang mahir dan menguasai ilmu ini. Dan menariknya kesemua golongan tersebut merupakan nama-nama besar dalam dunia dakwah dan ilmiah. Antaranya ialah Dr Zaifuddin Rasip, Firdaus Wong Wai Hung, Ustaz Auni Mohammad dan ramai lagi. 

    Salah satu sebab atau faktor mengapa masyarakat tidak begitu mengetahui akan kewujudan ilmu ini dengan baik adalah kerana ilmu perbandingan agama dalam Islam kurang dipopularkan dan kurang didedahkan ketimbang perbahasan-perbahasan cabang ilmu yang lain seperti syariah Islamiyyah, ulum al-Quran, ulum al-Hadith dan banyak lagi. Selain itu, faktor sejarah kedatangan Islam ke Nusantara juga menjadi faktor terjadinya fenomena ini di mana pada waktu itu, kebanyakan para pendakwah (daie) menekankan tentang soal hukum dan juga tasawuf. Bahkan walaupun adanya kitab yang membahaskan tentang falsafah seperti kitab at-Tibyan fi Ma'rifat al-Adyan karya Syeikh Nuruddin Raniri, namun ia tidak mampu memberikan kesan yang besar kepada perkembangan ilmu Islam di Nusantara kerana kebanyakan masyarakat di Nusantara disajikan dengan perbahasan ilmu hukum (syariah) dan tasawuf. 

    Namun, sebenarnya ilmu perbandingan agama ini sudah lama wujud dalam perbahasan disiplin ilmu Islam. Bahkan, pada zaman Rasulullah SAW, baginda yang mempunyai suatu tanggungjawab yang besar sebagai nabi dan rasul kepada seluruh manusia juga pernah berinteraksi dengan kaum-kaum yang bukan Islam, sama ada kelompok Arab Jahiliyyah, kelompok Yahudi (Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah), kelompok Nasrani atau Kristian dan sebagainya. Gerak kerja dakwah baginda ini adalah sangat bersesuaian dengan konsep Rahmatan Lil Alamin iaitu baginda diutuskan adalah sebagai rahmat untuk seluruh manusia di alam dunia ini. Daripada situlah, Islam ini dibina dengan sempurna dan merupakan sebuah agama yang menekankan konsep dialogis iaitu mengajak seluruh manusia supaya berpartisipasi dalam mencari kebenaran. 

    Daripada situlah juga, muncul golongan ilmuwan dan alim ulama yang berusaha untuk merealisasikan perkara tersebut. Mereka berusaha menghasilkan sejumlah besar karya masing-masing serta membahaskan tentang pelbagai agama bukan Islam dan fahaman tertentu dalam beragama. Antara senarai kitab-kitab yang membahaskan tentang hal ini ialah :

  • Al-Jahiz (kitab Fi al-Radd Ala al-Nasara) 
  • Al-Nawbakhti (kitab Al-Ara wa al-Diyanat)
  • Al-Mas'udi (kitab al-Adyan)
  • Ibn Hazm al-Andalusi (kitab al-Fasl fi al-Milal wa Ahwa Wa al-Nihal) 
  • Al-Ghazali (kitab al-Radd al-Jamil Lil-Ilahiyyah)
Melalui kewujudan karya-karya yang membahaskan tentang ilmu perbandingan agama yang telah dihasilkan oleh tokoh ilmuwan dan ulama Islam inilah membuktikan bahawa sememangnya ilmu perbandingan agama ini juga merupakan cabang daripada agama kita. 

KEPENTINGANNYA

Terdapat beberapa kepentingan dan faedah yang kita peroleh hasil pembelajaran kita dalam ilmu perbandingan agama ini. Menurut Ghazali Basri dalam bukunya, Ilmu Perbandingan Agama : Suatu Pengenalan (2022), ilmu perbandingan agama ini mempunyai beberapa faedah yang kita dapat pelajarinya secara mendalam iaitu : 
  • Untuk mengenali hal-hal yang dianggap mempunyai persamaan ataupun perbezaan dari pelbagai sudut sama ada kepercayaan, amalan dan ritual, mahupun pengalaman kerohanian dengan satu tujuan iaitu untuk mempertingkatkan lagi kefahaman dan komitmen kehidupan beragama masing-masing. 
  • Mewujudkan sebuah masyarakat yang saling hormat antara satu sama lain dan mempunyai sifat husnudzon atau baik sangka. Hal ini terbukti melalui pembelajaran ilmu perbandingan agama inilah, kita dapat mengenali orang-orang yang berlainan agama dapat mengamalkan agama mereka. 
  • Dapat meningkatkan lagi keyakinan kita bahawasanya agama Islam itulah agama yang terbaik dalam kehidupan kita serta dapat dijadikan sebagai hujah bagi mempertahankan Islam daripada diserang dengan pelbagai tuduhan dan kecaman. 
  • Memudahkan seseorang pendakwah untuk berdialog dengan lebih baik bersama kelompok atau masyarakat yang berlainan agama. 

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, ilmu perbandingan agama ini memang sudah terbukti merupakan salah satu cabang utama dalam agama kita, Islam. Namun, kekurangan pendedahan secara  menyeluruh dan juga rasa minat untuk mendalami ilmu ini menyebabkan masyarakat kita pada hari ini kurang mengetahui akan kepentingan-kepentingan ilmu perbandingan agama. Oleh yang demikian, penulis menyeru kepada seluruh pihak agar sentiasa berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam menggembleng usaha memperkasakan ilmu ini agar ia terus kekal relevan dalam dunia perbahasan ilmu ini. Jangan lupa juga untuk sentiasa menguatkan akidah dan keyakinan kita dalam diri serta mengikuti segala disiplin ilmu perbandingan agama apabila mula terjun dalam bidang ini. 

SUMBER 

  • Ghazali Basri (2022), Ilmu Perbandingan Agama : Suatu Pengenalan, Kajang, Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar al-Hikmah.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS-TIPS PENGUCAPAN AWAM YANG BAIK

  Gambar sekadar hiasan (Penulis terlibat dalam salah satu program di kampus lama pada tahun 2024) Sahabat-sahabat, Penulis yakin dan percaya bahawa kita semua pernah mendengar tentang istilah pengucapan awam dan sudah tentu kita semua pernah melakukannya dalam pelbagai perkara dan cara. Sebenarnya pengucapan awam ini adalah satu proses untuk kita memindahkan maklumat atau lebih mudah untuk kita fahami, ia adalah proses penyampaian maklumat kepada masyarakat atau audiens. Pengucapan awam ini bukan hanya boleh didapati dalam kaedah-kaedah biasa yang kita fahami seperti pidato, syarahan, ceramah dan sebagainya, bahkan pengucapan awam ini juga boleh didapati dalam proses pembentangan di mana kita semua berusaha untuk mempersembahkan sesuatu (biasanya hasil dapatan kita, produk, hasil kerja dan sebagainya) kepada khalayak ramai.  Dan penulis juga percaya bahawa ramai di antara kita pasti akan rasa gugup, gelisah, risau dan sebagainya apabila kita diberikan kepercayaan, amanah dan ...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...

KISAH PERJALANANKU DALAM MENGENALI ISLAM : SUATU PENGALAMAN HIJRAH

30 Disember 2015.............. Tarikh tersebut masih terngiang-ngiang segar dan masih diingati dengan baik dalam mindaku sehingga hari ini. Satu tarikh yang membawa suatu makna hidup yang sangat besar buat diriku. Tarikh di mana ia akan menjadi suatu titik tolak besar yang bakal mengubah diriku sepenuhnya.  Apakah makna besar dalam hidup menerusi tarikh tersebut? Itulah tarikh di mana diriku mula bergelar sebagai seorang Muslim. Nak tahu bagaimana diriku mula menjadi seorang Muslim pada hari ini? Mari, warkah ini akan menceritakan segalanya.  ERA SEBELUM ISLAM  Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung halaman yang terletak di Bumi Kenyalang (Sarawak). Aku membesar dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan sebagai keluarga yang hybrid (campuran) di mana mendiang ayahku merupakan seorang Cina suku Hokkien manakala ibuku pula berdarah kaum Bumiputera Sarawak iaitu Melanau Sarawak. Pendek kata, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang mempunyai dua darah bangsa yang ...