Skip to main content

Posts

TANAKH : KITAB PEGANGAN UTAMA MASYARAKAT YAHUDI

  Kitab Tanakh versi bahasa Inggeris (terbitan 1917) Sumber : Platform  Goodreads Dalam ilmu perbandingan agama terutamanya apabila kita mengkaji tentang bab perbandingan agama Samawi sama ada Islam, Yahudi dan Kristian, kita pasti akan kenal atau familiar dengan nama-nama kitab tertentu yang menjadi pegangan asas dalam kepercayaan agama. Contohnya, Al-Quran sebagai panduan asas kepada umat Islam, begitu juga dengan Bible yang menjadi panduan kepada umat Kristian dan Tanakh sebagai panduan asas masyarakat Yahudi. Pasti tuan-tuan dan puan-puan akan tertanya-tanya, apakah itu Tanakh? Jaranglah saya dengar akan istilah ini, adakah Tanakh ini kitab dan sebagainya. Persoalan-persoalan itu pasti akan bermain dalam minda tuan-tuan dan puan-puan. Insya Allah, dalam penulisan saya kali ini, saya akan mengupas tentang Tanakh ini dengan bahasa mudah dan ringkas (untuk memudahkan pemahaman).  APAKAH ITU TANAKH? Tanakh ini boleh difahami dalam dua sudut iaitu :  Tanakh ini adalah...
Recent posts

ILMU PERBANDINGAN AGAMA DAN KEPENTINGANNYA

  MUKADDIMAH Mutakhir ini, ilmu perbandingan agama atau comparative religion (dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai al-Muqarranah al-Adyan) kurang mendapat sambutan yang agak meluas dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia ketimbang masyarakat di luar negara kita. Bahkan, penulis boleh berani menyebut bahawa hanya beberapa atau sesetengah daripada masyarakat kita sahaja yang mahir dan menguasai ilmu ini. Dan menariknya kesemua golongan tersebut merupakan nama-nama besar dalam dunia dakwah dan ilmiah. Antaranya ialah Dr Zaifuddin Rasip, Firdaus Wong Wai Hung, Ustaz Auni Mohammad dan ramai lagi.      Salah satu sebab atau faktor mengapa masyarakat tidak begitu mengetahui akan kewujudan ilmu ini dengan baik adalah kerana ilmu perbandingan agama dalam Islam kurang dipopularkan dan kurang didedahkan ketimbang perbahasan-perbahasan cabang ilmu yang lain seperti syariah Islamiyyah, ulum al-Quran, ulum al-Hadith dan banyak lagi. Selain itu, faktor sejarah ...

DINASTI YUAN : BANGSA LUAR YANG PERNAH MEMERINTAH CHINA

DINASTI YUAN : BANGSA LUAR YANG PERNAH MEMERINTAH CHINA Oleh Muhammad Victor Kueh Abdullah  Apabila kita mempelajari tentang sejarah dan ketamadunan di China ini, sebenarnya tamadun China atau tamadun Hwang Ho yang kita pernah belajar di bangku sekolah merupakan tamadun yang agak tertua di dunia dan menyimpan pelbagai rekod sejarah lampau. Dalam rekod, ketamadunan China ini telah bermula sejak zaman San Huang Wu Di yang dipercayai bermula pada tahun 3200 sebelum masihi di mana terdapat 3 orang ketua yang dikenali sebagai Huang dan lima orang yang dikenali sebagai Di yang berperanan besar dalam usaha mewujudkan sebuah ketamadunan di China. Selepas zaman inilah, bermulanya siri dinasti demi dinasti bermula dengan dinasti Hsia atau Xia, kemudiannya dinasti Shang, dinasti Zhou, dinasti Qin, dinasti Han sehinggalah ke dinasti yang terakhir iaitu dinasti Qing atau Manchu. Dan selepas dinasti Qing inilah, sistem ketamadunan China telah lenyap menerusi revolusi 1912. Dalam kesemua siri dan...

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH

BIODATA RINGKAS MUHD VICTOR KUEH ABDULLAH Muhammad Victor Kueh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Vic, Ameng, dan Muhammad merupakan seorang anak muda yang mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu ilmu baharu serta aktif dalam perkongsian ilmu terutamanya sejarah dan ketamadunan, perbandingan agama, perkongsian pendapat mengenai isu semasa dan dakwah. Berikut merupakan biodata ringkas mengenainya :  Biodata  Nama penuh : Muhammad Victor Kueh Abdullah @ Victor Kueh Jia Ming  Tarikh dan tempat kelahiran : 11 Oktober 2001, Hospital Sibu, Sarawak  Bangsa : Cina (suku Hokkien) + Melanau Sarawak  Tarikh memeluk Islam : 30 Disember 2015  PENDIDIKAN SJK Chong Boon, Mukah, Sarawak (2007 - 2011) SK Kampung Jebungan, Mukah, Sarawak (2012 - 2013) SMK Saint Patrick, Mukah, Sarawak (2014 - 2018) - SPM 2018 SMK Three Rivers, Mukah, Sarawak (2019 - 2020 + 2021) - STPM 2020 & MUET 2020 Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Universiti Islam Pahan...
KOTA BAGHDAD : GEDUNG PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN Apabila kita mempelajari tentang sejarah dan ketamadunan Islam tidak kira kita berada di mana sahaja sama ada kita berada di bangku sekolah, mahupun di dalam kuliah institusi pengajian tinggi, kita pasti akan pernah mendengar sebuah kota yang pernah menjadi sebuah gedung ilmu serta merupakan pusat tumpuan utama para ilmuwan dari seluruh dunia untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang ada. Itulah kota Baghdad.      Terletak di negara Iraq moden pada hari ini, kota Baghdad merupakan sebuah kota yang pernah mencatatkan 1001 rekod sejarah lampau dalam pelbagai aspek. Bermula dengan zaman ketamadunan Parsi (3200 sebelum masihi - 640 masihi) sehinggalah pada hari ini, kota Baghdad telah menjadi saksi bisu kepada pelbagai peristiwa sejarah yang berlaku selama ini. Salah satu peristiwa atau fasa zaman dalam sejarah yang pernah disaksikan oleh kota ini ialah fasa Zaman Keemasan Islam atau Golden Age of Islamic Civilization di mana kota in...
Kuasa dan rahsia membaca   Sahabat-sahabat, pernahkah kalian melihat beberapa video yang dihasilkan oleh ZRA (Zainal Rashid Ahmad), Ahmad Faezal dan ramai lagi? Sekiranya kita mengikuti siri-siri video yang dihasilkan oleh mereka, maka sudah pasti kita akan rasa terpukau dan rasa kagum dengan cara mereka membahaskan tentang sesuatu perkara atau isu. Bagaimana pula sekiranya saya dapat simpulkan di sini bahawa antara rahsia kehebatan mereka dalam mengupas sesuatu ilmu adalah kuasa membaca?  Sebenarnya kuasa membaca atau iqra' dalam bahasa Arab (yaqra - kata kerja yang membawa maksud membaca) adalah satu proses menajamkan dan melatih otak kita untuk mengintepretasikan sesuatu perkara dengan baik dan tersusun. Bahkan melalui proses membaca juga dapat menjadikan kita menjadi seorang yang hebat, hebat dari sudut apa? Hebat dari sudut di mana kita mampu membahaskan sesuatu perkara dan sesuatu isu dengan tersusun, kemas dan tepat. Kuasa dan peranan proses membaca ini sebenarnya menga...
Macam mana untuk kita mudah dalam menguasai ilmu sejarah?  Mutakhir ini, apabila kita membicarakan atau membincangkan tentang apa sahaja perkara yang berkaitan dengan ilmu sejarah atau ilmu ketamadunan, pasti ramai antara kita yang tidak berminat dan mempunyai rasa bosan dalam diri. Bahkan sampai ada antara kita menyatakan bahawa sejarah ini susah, sejarah ini pening dan sebagainya. Itulah realiti kita.  Namun, sahabat-sahabat sekalian, sebenarnya ilmu sejarah ini tidaklah begitu sukar dan susah sebagaimana kita sangkakan. Ya, kita pasti berhadapan dengan beratus nama orang tokoh-tokoh besar sejarah, peristiwa-peristiwa besar sejarah dunia dan sebagainya. Namun, ilmu sejarah tidaklah memerlukan kita untuk hafal sejumlah besar nama-nama orang dan peristiwa yang pernah terjadi dalam pentas dunia. Cukup untuk kita sekadar memahami sejarah, itulah sudah dikira bahawa kita sudah memahami dan menguasai sejarah. Bahkan, kalau kita mengetahui tarikh lahir seseorang (mak ayah kita dan ...